29 Jan 2014

PENGANTAR SENI HALUS: Seni Catan Abad ke-19

SENI CATAN ABAD KE-19

STRUKTUR MASYARAKAT EROPAH ABAD KE-19
Pada abad ini, bermulanya Revolusi Perindustrian. Kegiatan ekonomi bergantung kepada sektor industri dan perdagangan. Revolusi Perindustrian telah membawa kepada perkembangan golongan kelas masyarakat di Eropah. Golongan kelas menengah merupakan pembeli hasil karya. Justeru, abad ke-19 telah membuka tirai baru dalam perkembangan seni moden barat di Eropah khususnya Perancis. Revolusi ini juga telah menuntut kuasa Barat untuk melakukan penjajahan dan penguasaan bagi memenuhi permintaan bahan mentah yang semakin meningkat...

The Death of Socrates
Jacques-Louis David
1787

Oil on canvas

  1. Satu lambang Neo-klasik.
  2. Susunan hal benda menyerupai adegan di atas pentas, di mana watak utama dan watak sampingan berada di pentas. Cahaya spotlight ditumpukan ke atas hero, Socrates. Watak Plato duduk di hujung katil, dan Aristotle pula memegang paha Socrates.
  3. Menceritakan situasi Socrates berada di penjara bawah tanah.
  4. Socrates dihukum mati oleh Raja dengan dipaksa meminum racun kerana kesalahan mengajak muda-mudi untuk berfikir.
  5. Kelihatan pengikut-pengikut Socrates bersedih.
  6. Socrates mengangkat tangan menunjukkan bahawa beliau berpegang kepada kebenaran.
  7. Catan ini tiada kesan berus seperti mana teknik yang diajar Akademi Seni Perancis.
  8. Figura diolah seperti arca, tidak bergerak dan begitu padu. Kesan cahaya dimasukkan memperlihatkan pengaruh Caravaggio.

The Coronation of Napoleon 
Jacques-Louis David
1805
Oil on canvas, 621 x 979cm
Paris

Self-Potrait of the Artist
Jacques-Louis David
1794

Oil on canvas, 81 x 64 cm

Portrait of Marie-Francoise Buron 
Jacques-Louis David
c. 1769
Oil on canvas, 66 x 54 cm

The Grand Odalisque 
Jean-Auguste-Dominique Ingres
1814
Oil on canvas, 91 x 162 cm
Musée du Louvre, Paris

Liberty Leading the People
Eugène Delacroix
sempena 
Revolusi pada Julai 1830
Oil on canvas

  1. Lukisan oleh seniman Romanticsm.
  2. Gunakan konsep segitiga dalam karya untuk menunjukkan kekukuhan.
  3. Banyak menggunakan perlambangan.
  4. Lukisan sudah mula keluar dari kebiasaan, patriotik dan revival.
  5. Menggambarkan banyak kemusnahan di mana mayat-mayat bergelimpangan.
  6. Menonjolkan wanita sebagai hero.
  7. Karya ini berbentuk naratif, iaitu kisah politik di Itali.
  8. Memaparkan Itali menuntut kebebasan untuk negaranya.

Self-Portrait 
Eugène Delacroix 
c. 1837
Oil on canvas, 65 x 54,5 cm
Musée du Louvre, Paris

The Barque of Dante 
Eugène Delacroix
1822
Oil on canvas, 189 x 246 cm
Musée du Louvre, Paris

The Massacre at Chios 
Eugène Delacroix
1824
Oil on canvas, 419 x 354 cm
Musée du Louvre, Paris

Raft of the Medusa
Gericault
1818-19
Oil on canvas
Museo del Louvre


  1. Terdapat 2 konsep segi tiga.
  2. Menunjukkan figura yang terpiuh.
  3. Mengisahkan sebuah kapal kerajaan yang pecah dipukul ribut, sebuah kapal lain datang untuk menyelamatkan & kaptennya masih hidup.
  4. Terdapat mayat-mayat bergelimpangan.
  5. Menunjukkan imej yang begitu bergelora, gema emosi digambarkan secara visual & cukup dramatik.
  6. Merupakan tragedi yang menakutkan.

Gray Eminence
Jean-Léon Gérôme
1874
Oil on canvas, 39 x 26 cm

  1. Menggambarkan seorang paderi warga emas.
  2. Semua orang tunduk hormat kepada paderi tersebut.
  3. Lipatan kain jelas kelihatan.
  4. Lukisan digambarkan seperti dalam adegan sebuah filem.

Sunrise: An Impression
Claude Monet
1872

  1. Pelukis sengaja mengotorkan kanvas dengan mencalit-calitkan warna.
  2. Bermulanya revolusi industri di mana banyak kilang dibuka.
  3. Justeru, kilang banyak menghasilkan cat dalam bentuk tiub.
  4. Pelukis berkarya di luar studio, dan melukis on the spot.
  5. Matahari kelihatan berwarna merah.
Self-portrait of the Artist
Edgar Degas
c.1863
Oil on cardboard
Landscape at Saint Charles
Camille Pissarro
Pastel on paper, 29.2 x 19 cm
Luncheon of the Boating Party
Pierre-Auguste Renoir
1880 - 1881
Oil on canvas
Cafe Terrace at Night
Vincent van Gogh
1888
Oil paint, 81 x 65 cm
Kröller-Müller Museum

Poppy Flowers
Vincent van Gogh
1887
Oil paint

The Starry Night 
Vincent van Gogh
1889
Oil on canvas, 73.7 × 92.1 cm
Museum of Modern Art, New York City

Still Life with an Open Drawer 
Paul Cézanne
1877–1879
Oil on canvas

Still Life with Oranges
Paul Gauguin
c. 1882
Oil on canvas, 33 × 46 cm
Museum of Fine Arts, Rennes


1) Neo-Klasik (1780-1820)

  • Abad ini menyaksikan permulaan gerakan yang bernama Neo-Klasik @ Klasik Baru. Gerakan ini bertujuan menghidupkan kembali ciri-ciri estetika yang terdapat pada zaman klasik Yunani. 
  • Inspirasi kedua yg menghidupkan Neo-klasik adalah karya-karya Michelangelo dan seniman-seniman Renaissance yang lain. 
  • Menerusi kedua-dua sumber itu, maka terbitlah prinsip bahawa seni adalah karya banding yang betul, tubuh yang sasa, dan ekspresi muka keperwiraan.
  • Gerakan ini dicetuskan oleh Revolusi Perancis pada 1789. Revolusi ini menyaksikan Napoleon Bonaparte yang berjaya mengalahkan Raja Louis ke-XIV. Selepas kemenangan itu, beliau membina akademi seni Perancis yang dipimpin oleh Jacques-Louis David (1748 - 1825dan Jean Auguste Dominique Ingres (1780 - 1867). Kedua-dua pensyarah ini mengajar bahawa setiap pelukis mesti meniru kaedah pengajaran serta hal benda Yunani yang amat mereka kagumi itu. 
  • Tema seni Neo-klasik ialah pengorbanan jiwa & raga demi negara sesuai dengan falsafah Napoleon yang mengajar bahawa rakyat mesti patuh pada undang-undang, pemimpin, dan tradisi.
  • Ciri-ciri karya: lokasi yang menyerupai pentas teratur, bersih, jelas, hingga tiada kelihatan kesan-kesan sapuan berus.

2) Romanticism (1800-1840)

  • Abad ke-19 juga menyaksikan gerakan Romanticism yang bertujuan menentang fahaman Neo-klasik yang begitu menakluki pemikiran dan pengajaran seni halus bukan sahaja di akademi Perancis malah akademi di seluruh Eropah. 
  • Pelukis Romanticism menolak fahaman tersebut yg dirasakan kaku, mengongkong & sempit.  Sebaliknya falsafah ROMANTICISM bersifat lebih peribadi, penuh emosi, dan mengagung-agungkan tema semasa & tema sejarah dengan tujuan tersirat untuk mengkritik Napoleon yg berbentuk Republikan itu.
  • Romanticism dipimpin oleh Delacroix (1798 - 1863) & Gericault (1791 - 1824). Mereka menggunakan sapuan berus yang tersusun, mengatur benda olahan yang melanggar perspektif, tubuh-tubuh yang berpulas-pulas dalam aksi-aksi dramatik, penuh misteri dan mendebarkan.

3) Realisme (1840-1900)

4) Impressionisme (1860-1890)

  • Selepas Romanticism, timbul pula gerakan Impressionisme, juga pemberontakan terhadap akademi seni Perancis yang setiap tahun mengadakan pameran, dinamakan Salon. Hanya karya terpilih yang dapat ikut serta dalam pameran itu. Pihak yang memilih terdiri daripada pensyarah-pensyarah di akademi tersebut. Mereka menilai karya mengikut nilai karya klasik.
  • Gerakan ini menggunakn teknik calitan berus yang terputus-putus dengan cat dipicit terus dari tiub. Hal ini menyebabkan permukaan cat tidak rata dan kesat. Pelukis Impressionisme membawa keluar pensel, berus, cat & kanvas dari studio untuk merakam alam on the spot, malah menangkap permainan cahaya matahari ke atas pepohon, ladang mahupun manusia.
  • Antara pelukis Impressionisme ialah C. Monet, Pissarro, Renoir dan Degas.

5) Pasca Impressionisme (1890-1905)

  • Kemudian gerakan Pasca Impressionisme (pergerakan reaksi) pula muncul. Nama gerakan ini diberi oleh pengkritik Inggeris, Roger Fry yang mengaturkan sebuah pameran di Jerman 1910. Fry telah menghuraikan dalam katalog pameran tersebut, ciri-ciri warna yang malap dan bentuk-bentuk yang dipanggilnya significant form..
  • Ciri-ciri karya : menekankan isu kandungan yang emosi & bergelora. Seniman berpuashati dengan menggambarkan hal benda secara leper dengan garis luar yang tebal.
  • Pelukisnya terdiri daripada ahli-ahlinya sendiri, iaitu Gauguin, Van Gogh & Cezzane.
Bacaan Tambahan:
  1. Seni & Pendidikan: SENI ABAD KE-19Prof. Dr. Mulyadi Mahamood, 5 September 2013
  2. Cikgu Seni.com: Pengenalan & Sejarah Seni,  Mohd. Fairuz, 16 June 2010

No comments:

Post a Comment