SENI CATAN DI CHiNA
- Catan Cina berbentuk kepingan, skrol (gulungan), & juga berbentuk buku album. Falsafah catan cina ialah, pelukis bukannya abdi, sebaliknya pelukis MESTI menjadi tuan kepada berus, dakwat & kertas @ suteranya. Jadi, bagi mengawal penguasaan ke atas berus itu, pelukis mesti berlatih menggerakkan jari-jari tangannya setiap pagi sehingga menjadi selembut berus & kertas itu sendiri.
- Senaman badan juga mesti dibuat setiap hari supaya terjaga kesihatan badan. Hanya tubuh yang sihat sahaja, berupaya melukis gambar yang menyegarkan hati..
- Orang-orang Cina berpendapat, keindahan dalam catan China ialah perasaan kagum yang tinggi oleh pemerhati. Apabila seseorang pemerhati itu melihat sekeping catan sama seperti dia merenung awan, bukit & air tejun. Pelukis merakam hal benda secara spontan berdasarkan perasaan sayang, hormat & rendah diri apabila berhadapan dengan alam semulajadi.
- Ada 6 peraturan yg MESTI dipatuhi pelukis agar kerja melukis itu membawa faedah kepada dirinya & diri orang yang menjadi peminatnya.
6 Peraturan dalam Seni Catan Cina :
- Pelukis mesti melakukan meditasi atau renungan ke atas objek yg hendak dilukisnya itu sehingga terjalinlah hubungan yang intim antara pelukis & objek tersebut.
- Setiap hal benda mesti dihayati sebagai satu struktur @ rangka yang mesti dirakam menggunakan berus.
- Setiap hal benda @ objek mesti dihayati sebagai satu bentuk berlainan dengan bentuk yang ada di sekitarnya.
- Setiap objek ada warnanya yang tersendiri yang mesti dilukis sedekat yang mungkin dengan cat / dakwat.
- Setiap catan mesti ada komposisi @ reka letak yang mesti dirancang terlebih dahulu.
- Setiap salinan yang dibuat ke atas catan terdahulu mestilah berdasarkan lakaran yang betul.
Contoh Karya :
Tajuk: Emperor Ming Huang's Journey to Shu Artist: Unknown Year: 8 Century A.D |
Emperor Ming Huang's Journey to Shu (detail) |
Tajuk: The Poet Li Po Artist: Liang Kai Tahun: 13th Century |
No comments:
Post a Comment