SENI YUNANI KLASIK
Sepanjang 100 tahun (500 B.C - 1 A.D), telah timbul satu budaya di Semenanjung negara Yunani yang tinggi, berpusat di bandaraya Athens. Kegemilangan budaya itu dilambangkan dengan bermulanya sukan Olimpik yang pertama pada tahun 776 B.C. Melalui sukan inilah, tubuh manusia itu dihargai sebagai satu bentuk yang wajar diabadikan di dalam seni, khususnya seni arca. Beberapa konsep Yunani klasik menjelma dengan jelas dalam seni arca & seni bina.
Konsep-Konsep Yunani Klasik dalam Seni Arca & Seni Bina:
- Kepercayaan bahawa manusia itu adalah seseorang individu yang amat dihargai. Manusia itu satu sumber untuk membina masyarakat yang kuat dan berani dalam peperangan serta rajin dan tekun dalam keamanan. Manusia mempunyai fikiran yang boleh menentukan untung nasibnya dan mempunyai jasad yang boleh mengusahakan segala rencana yang dirancangkan. Akal, intelek, dan badan manusialah yang menjadi sumber kecantikan dalam seni.
- Orang Yunani percaya tentang adanya konsep kesempurnaan (perfection) dalam segala bentuk penciptaannya. Akal, badan, bakat, dan cita-cita boleh diperbaiki dan diperhalusi sehingga menjadi sempurna. Oleh sebab itu, pengkarya bertanggungjawab untuk mencapai tahap kesempurnaan melalui latihan ulangan dan pembetulan.
- Konsep memanusiakan dewa dan mendewakan manusia. Imej para dewa itu menyerupai manusia sebab adanya kepercayaan bahawa manusia mahupun dewa itu sama rata, senasib, dan seperjuangan. Perasaan cinta, berahi, marah, bengis serta dendam dirasai oleh dewa dan manusia. Dewa menentukan nasib manusia dan manusia pula menentukan nasib dewa, saling bantu-membantu, saling musnah-memusnah. Bezanya ialah, manusia itu mati tetapi dewa kekal selama-lamanya.
- Konsep jalan tengah (the golden midst). Satu cara untuk mengelak dari berlakunya tindakan mahupun fikiran yang ekstrem atau berlebihan dalam segala tindak-tanduknya. Manusia itu mesti bersikap sederhana kerana tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan oleh sikap yang sederhana itu.
Contoh Karya Seni Yunani Klasik:
SENI BINA
Title: The Parthenon
Artist: Phidias
Year: 432 B.C
|
SENI ARCA
Title: Discus Thrower
Sculptor: Myron
Year: 450 B.C
|
Title: The Dying Gaul (The Dying Gladiator)
Sculptor: Unknown
Year: 220 B.C
|
Title: Alexander The Great
Sculptor: Lysippos
Year: 330 B.C
|
Title: Laocoon and His Sons
Sculptor: Unknown
Year: 200 B.C
|
Title: Barberini Faun
Sculptor: Unknown
Year: 220 B.C
|
Title: Aphrodite
Sculptor: Praxiteles
Year: 330 B.C
|
Title: Hermes
Sculptor: Praxiteles
Year: 320 B.C
|
No comments:
Post a Comment