28 Jan 2014

PENGANTAR SENI HALUS: Seni Renaissance

SENI RENAISSANCE

  • Bermula di Itali, dan merebak ke seluruh Eropah sepanjang 300 tahun (tahun 1300-1600). Sumber seni Renaissance ialah dari falsafah Plato yg berada dalam bahasa Arab, tetapi diterjemahkan semula ke bahasa Greek, Latin, & Itali.
  • Pujangga-pujangga Arab seperti Ibn Rushdi yg terkenal di Barat sebagai Averroes (1126-1198) yg telah telah membuat huraian ke atas karya-karya Plato & karya-karya Aristotle. Dalam karya-karya itu terdapat seruan agar manusia itu mencari kebenaran. Maka, seni Renaissance memperkenalkan kaedah perspektif iaitu benda di depan kelihatan besar & benda di belakang kelihatan kerdil pada permukaan yg mendatar. Dengan perspektif, pelukis berjaya merakam realiti harian sebagai sambutan kepada seruan mencari kebenaran itu.
  • Pujangga-pujangga Itali seperti, Pico della Mirandola menulis buku berjudul dalam bhs Inggeris, "Oration on the Dignity of Man", yang mana menyarankan bahawa manusia itu satu ciptaan tuhan yang terindah sebab dia (manusia) mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Seruan ini mendorong seniman-seniman Renaissance untuk melukis dan mengukir figura manusia itu sesempurna yang mungkin.
  • Leon Battista Alberti menulis buku mengenai lukisan yang telah terbit pada tahun 1436. Dalam buku itu, Alberi menganjurkan bahawa pelukis mesti merekaciptanya sebagai sebuah tingkap. Segala sesuatu yg hendak diceritakan pelukis mesti berada dalam tingkap tersebut. Pelukis disarankan 3 perkara supaya sesebuah lukisan itu berjaya:
  1. Lukisannya itu mesti ada cerita
  2. Lukisannya itu mesti seimbang/simetri
  3. Lukisannya itu mesti berisi bilangan figura yg cukup-cukup, tak terlalu ramai @ terlalu sedikit
  • Leonardo da Vinci menganjurkan falsafah Empirecisme yg mengakui kepercayaan bahawa ilmu itu hanya boleh diperolehi melalui penghayatan & pengalaman. 
  • Giorgio Vasari telah menulis buku yang paling mahsyur pada zaman Renaissance tersebut, berjudul "Lives of the Artists" terbit pada tahun 1568. Buku ini menceritakan riwayat hidup pelukis-pelukis terdahulu dan sezaman. Beliau menganjurkan 2 perkara untuk diikuti artists:
  1. Sesebuah karya mesti ada kadar banding (proportion)
  2. Mesti ada design @ rekabentuk yg padat. Hanya dengan demikian, barulah sesuatu karya seni itu boleh berfungsi untuk mendidik orang ramai.

Antara Hasil Karya Zaman Renaissance:

"Santo Spirito"
Tempat: Florence
Arkitek: Brunelleschi
Tahun: 1434
"St. Andrea"
Tempat: Mantua
Arkitek: Leone Battista Alberti
Tahun: 1470
"David", bronze by Donatello
Tahun: 1430
Florence

  1. Merakamkan seorang hero yang telah menewaskan raksasa.
  2. Terdpat pedang spanjang 4 kaki diletakkan ke dalam.
  3. Keadaan satu kaki relaks menandakan pengaruh Yunani klasik.
  4. Berat ditampung oleh kaki.
  5. Tangan diletakkan di pinggang figura bagi menggambarkan watak yang keletihan selepas menewaskan raksasa..
Title: Equestrian Monument of Gattamelata
Artist: Donatello
Year: 1450
-Bronze-
Title: David
Artist: Michelangelo
Year: 1504
-Marble-

  1. David merupakan imej dari kitab Bible, seorang Hebrew muda yang membunuh raksasa Goliath.
  2. David bukan sahaja mengingatkan kembali zaman Yunani, tetapi menerangkan kepintaran Mchelangelo.
  3. Orng Greek hanya menggambarkan secara luaran, tetapi Michelangelo tahu cara badan berfungsi secara dalaman kerana beliau belajar anatomi.
  4. Melalui kepakaran ini, beliau menunjukkan secara teperinci bahagian otot, daging dan tulang dengan marble.
"Lamentation", fresco (1306) by Giotto
at Padua

"Tribute Monkey", fresco (1424)by Masaccio
at Florence



Title: Mona Lisa
Artist: Leonardo da Vinci
Year: 1506 in Louvre, Paris
oil panting


  1. Memakan masa selama 5 tahun untuk menyiapkan catan ini (10 jam sehari).
  2. Seniman ini dikatakan sebagai seorang perahsia kerana menulis dengan tangan kiri dan secara terbalik.
  3. Lukisannya terlalu terperinci dan halus, menggambarkan beliau seorang yang bersih dan cermat.
  4. Tangan Monalisa menunjukkan tangan seorang gadis yang tidak pernah melakukan kerja berat kerana dia tergolong dalam golongan orang kaya.
  5. Menggunakan teknik chiaroscuro.
Tajuk: Proportion / Vitruvian Man
Artist: Leonardo da Vinci
Tahun: 1490
pen and ink
Tajuk: Internal Organs
Artist: Leonardo da Vinci
Tahun: 1500
"Anatomical Study Torso and Arms"
Artist: Leonardo da Vinci
Year: 1500
Tajuk: Virgin of the Rocks
Artist: Leonardo da Vinci
Tahun: 1497-1511
oil painting
Tajuk: The Holy Family
Artist: Raphael
Tahun: 1518
Tajuk: Creation of Adam
Artist: Michelangelo
Tahun: 1511
Sistine CeilingVatican
Fresco
Tajuk: Study of Adam
Artist: Michelangelo
Tahun: 1511 

No comments:

Post a Comment