16 Jan 2014

TEORI REKABENTUK: Sustainable Design (Reka Bentuk Lestari)


  SUSTAINABLE DESIGN.

  Sustainable design (juga merujuk kepada "green design", "eco-design", atau "design for environment")  adalah seni benda-benda fizikal, pembinaan persekitaran yang mematuhi prinsip-prinsip ekonomi, sosial, dan kekalan ekologi. Ia untuk penggunaan setiap hari, untuk bangunan-bangunan, bandar-bandar, dan permukaan fizikal bumi. Semakin diberi perhatian di dalam bidang seni bina, landskap, corak bandar, perancangan bandar, pembinaan, reka bentuk grafik, rekabentuk perindustrian, rekabentuk dalaman dan fesyen.

  Memerlukan matlamat pereka bentuk bagi mewujudkan rekabentuk tempat, produk dan perkhidmatan dalam cara yang boleh mengurangkan penggunakan sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui, mengurangkan kesan alam sekitar, dan hubungan antara manusia dengan alam. Reka bentuk lestari adalah penting untuk mencapai ketahanan. Ia adalah lebih kepada industri berat terutamanya bidang-bidang ekologi industri dan “green chemistry”, berkongsi tentang kitaran hidup terhadap kesan kepada alam sekitar atau “greenness" sebagai pilihan pereka.


Reka bentuk lestari adalah reaksi umum dunia berdepan dengan "krisis persekitaran", contohnya pertumbuhan pesat aktiviti ekonomi dan populasi manusia, pengurangan sumber asli, kerugian untuk ekosistem dan kehilangan biodiversiti.
“Green design” adalah dianggap satu cara membantu memelihara kualiti kehidupan dengan menggunakan rekabentuk bijak untuk menggantikan pengurangan bahan produk-produk dan proses-proses yang berbahaya untuk penghasilan sesuatu rekabentuk.


Prinsip reka bentuk lestari :


  • Bahan-bahan Low-impact: memilih bukan toksik, dihasilkan atau dikitar semula bahan-bahan yang memerlukan tenaga kecil untuk memproses
  • Kecekapan tenaga: menggunakan proses-proses pengilangan dan hasil produk-produk yang memerlukan kurang tenaga
  • Kualiti dan ketahanan: lebih panjang berkekalan dan lebih baik berfungsi, produk-produk sepatutnya kurang kerap digantikan, mengurang kesan-kesan pengeluarkan penggantian
  • Rekaan untuk penggunaan semula dan kitar semula: "Produk, proses, dan sistem harus direka untuk “afterlife”
  • Rekabentuk Piawaian Lestari dipromosikan oleh pelbagai institusi-institusi pendidikan dan KERAJAAN dikenali sebagai “ sustainability science”.
  • Biomimicry: "merancang semula sistem industri dalam cabang biologi, membolehkan penggunaan semula bahan secara berterusan (dalam pusingan tertutup yang berterusan)
  • Renewability: penggunaan bahan-bahan berdekatan (tempatan atau bioregional), sumber-sumber diperbaharui yang boleh menjadi kompos (atau memberi makan untuk ternakan)
  • Bangunan Sihat: rekaan bangunan bertujuan untuk mencipta bangunan-bangunan yang tidak berbahaya untuk penghuni-penghuni ataupun untuk alam sekitar. Satu pekara yang penting adalah kualiti alam sekitar pada persekitan bangunan, terutamanya kualiti udara. 

Perancangan Lestari

  • Rekabentuk dalaman - Rekabentuk yang mewah tetapi masih mementingkan kesejahteraan serta sifat. Kekemasan, tekstur dan grafik yang menarik. Hubungan yang memperjelaskan perspektif “Green Living”.
  • Landskap - Landskap adalah satu kategori reka bentuk lestari berkaitan dengan perancangan dan reka bentuk ruang luar. Rekaan teknik-teknik termasuk menanam pokok-pokok untuk melindung atau sebagai teduhan bangunan-bangunan dari matahari juga melindunginya daripada angin, menggunakan bahan-bahan tempatan, di tapak pengkomposan dan mengurangkan “greenwaste” 
  • Rekabentuk Grafik - Rekabentuk yang mempertimbangkan kesan-kesan alam sekitar terhadap rekaan grafik (seperti pembungkusan, bahan-bahan cetakan, penerbitan, dan sebagainya.) sepanjang satu kitaran hayat termasuk: bahan mentah, perubahan, pembuatan, pengangkutan, penggunaan dan perlupusan. Pereka grafik melibatkan diri dalam penggunaan amalan serta teknik, proses dan penggunaan bahan yang boleh membantu mengurangkan kerugian terhadap alam sekitar, sosial dan kesan ekonomi rekaan mereka. 
  • Pertanian - Perbincangan yang aktif antara lain oleh sektor pertanian dan pihak berkuasa - jika protokol racun perosak wujud dan kaedah-kaedah pemuliharaan tanah dapat dilindungi. Penggunaan racun perosak lebih sedikit boleh mengurang kerosakan kepada ekosistem.
  • Mesin/Jentera - Kereta dan alat-alat boleh direka bentuk untuk pembaikan dan penyahhimpun (untuk kitar semula), membina semula daripada bahan-bahan yang boleh diguna semula seperti keluli, aluminum dan kaca, dan bahan-bahan boleh diperbaharui, ibarat Zelfo, kayu dan plastik daripada semula jadi feedstocks. Pemilihan teliti bahan-bahan dan pemprosesan pengilangan boleh mewujudkan produk-produk setanding pada harga dan prestasi seperti asal. 
  • Produk-produk pakai buang - Cecair pencuci, akhbar dan barang-barang pakai buang yang lain boleh direka untuk penguraian (udara, menyiram dan organisma-organisma tanah biasa). Reka bentuk yang menarik, penggunaan warna-warna, kos yang rendah sebagai persaingan kepada barangan. 
Antara contoh rekabentuk lestari dalam seni bina (Green Living):



sustainable apartments in Windsor, Victoria, Australia by Hansen Yuncken (2006) features passive solar design, recycled and sustainable materials, photovoltaic cells, wastewater treatment, rainwater collection and solar hot water.
Sustainable apartments in Windsor, Victoria, Australia by Hansen Yuncken (2006) features passive solar design, recycled and sustainable materials, photovoltaic cells, wastewater treatment, rainwater collection and solar hot water.












No comments:

Post a Comment