26 Jan 2014

PENGANTAR SENI HALUS: Seni Islam

SENI ISLAM

  1. Bermula pada abad ke-7 A.D iaitu setelah wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. pada tahun 632 A.D. Pemimpin-pemimpin Islam seterusnya memerintah tanah besar Timur Tengah sehingga sampailah ke benua Sepanyol. Di sebelah barat & di sebelah timur pula sampailah ke India dan kepulauan Melayu.
  2. Kerja-kerja menghias, menulis & membina amat dihargai dalam budaya Islam itu sendiri. Oleh hal yang demikian, pelbagai cabang ilmu berkembang berdasarkan sikap bahawa ilmu itu berguna untuk memperkuatkan umat Islam.
  3. Maka, dalam pemerintahan Umaiyyah (661-500 A.D), terbina Masjid Kubbatul Sakrah (The Dom of the Rock). Melalui binaan tersebut, terdapat banyak banyak hiasan dan teknik binaan yang mencerminkan cabang-cabang ilmu yg tinggi nilai estetikanya. Cabang-cabang tersebut ialah seni bina, seni geometri & seni fizik.
  4. Disebabkan adanya larangan terhadap pembuatan imej manusia, maka seniman-seniman Islam menggunakan daya kreatifnya untuk mengolah motif-motif bunga-bungaan & motif-motif geometrik. Dengan motif itu, maka tiada ruang dinding atau tiang dibiarkan kosong. Setiap permukaan diisi dengan ukiran motif-motif tersebut.
  5. Kelompok-kelompok motif biasanya diulang berkali-kali supaya tiada rujukan kepada dunia nyata. Pengulangan itu diatur supaya menjadi gubahan yg lengkap tanpa mempunyai pusat fokus.
  6. Motif geometri yg empat segi, bulat, tiga segi, bujur & lonjong berfungsi secara bersendirian @ secara bertindih selapis, dua lapis/lebih. Ilmu matematik & formula pembahagian digunakan utk mengalih satu rumusan nombor kepada ukiran batu-batu hiasan yang dinamakan MUQARNAS.
  7. Kaedah penggayaan @ stylezarsi ke atas hal benda dari alam s/jadi seperti figura manusia, binatang, tumbuhan adalah diguna utk menghiasi teks-teks sastera atau binaan keluli. Unsur-unsur perspektif sengaja dilanggar juga bertujuan menafikan rujukan kepada alam nyata. Gambar-gambar ilustrasi tersebut biasanya dilukis sebagai pelengkap kepada naratif atau jalan cerita kepada teks.
  8. Menurut kesenian Islam, objek seni itu dibuat supaya ia berguna dalam kehidupan seharian oleh golongan kelas bawahan  & golongan kelas atasan. Justeru, seniman perlu mematuhi syarat agama agar manusia itu jangan membazir atau menunjuk-nunjuk kerana hal itu pasti membuat seseorang seniman menjadi angkuh. Sebaliknya, objek seni mesti mencerminkan adanya harmoni antara manusia dengan tuhan yg disembahnya.. 
  9. Idea ini juga dicerminkan oleh tradisi, khususnya di Timur Tengah, di mana ayah mengajar anaknya kemahiran seninya turun-temurun. Seni Islam menyokong sesuatu yg tradisional dan menolak sesuatu yg baru dan mendadak.

Contoh Karya Kesenian Islam:

"Dome of the Rock"
Tempat: Jerusalem
Tahun: 692 A.D
Dome of the Rock
(pandangan dari udara)
Tajuk: Laila and Majnun at School
Artis: Behzad
Tahun: 1494

Tajuk: Construction of the Castle of Khawarnaq
Artis: Behzad
Tahun: 1494


No comments:

Post a Comment