SENI BINA ABAD KE-19
Terdapat 2 pergerakan Revivalism yang menghidupkan kembali stail lama pada abad ke-19:-
1) GREEK REVIVALISM
- Menghidupkan kembali stail Greek klasik yang melambangkan pertahanan.
- Melalui Greek klasik itu, arkitek-arkitek abad ini mengambil tiang, penyokong, alang & tiang atas bumbung bangunan itu.
2) GOTHIC REVIVALISM
- Menghidupkan semula stail binaan gothic yang berkembang pada abad ke-19
- Ciri-cirinya ialah gerbang yang meruncing serta tiang-tiang sokongan yang banyak.
- Negara barat sudah mula berbangga bahawa asal-usul tamadun mereka ialah, zaman Greek klasik. Petunjuk ini adalah untuk menebalkan rasa jati diri apabila berhadapan dengan negara-negara China, India, Timur Tengah, & Afrika yang telah mula dijajah.. Berperisakan Greek klasik, barulah mereka berasa lebih kuat sehingga berjaya menakluk India & China yang memang bertamadun tinggi itu.
- Gothic Renaissance mencerminkan kebangkitan nasionalisme dalam kalangan orang Perancis. Mereka ingin menghidupkan kembali keagungan gereja-gereja Gothic yang ada pada zaman tersebut.
Penggunaan besi keluli yang boleh dijadikan rangka bangunan atau kubah juga memungkinkan para arkitek membuat stail binaan yang belum dibuat sebelum ini. Dengan adanya besi ini sebagai rangka yang kuat, maka bolehlah mereka membuat bangunan yang besar, menggunakan himpunan batu & hiasan arca serta bumbung skala. Manakala tiang batu dibentuk melalui acuan bentuk tertentu seperti bulat atau empat segi juga digunakan. Pada abad ini juga, kaca diperkenalkan.Penggunaan kaca dibina pada bangunan yang kalis cuaca tapi terang.
Bahan binaan yang baru ditemui menjadikan bangunan lebih kukuh, tahan lama & berbeza daripada bangunan zaman Renaissance.
|
Seorang ahli fikir Inggeris, John Ruskin telah mengemukakan 7 prinsip dalam bukunya, "The Seven of Lamp Architecture" dan "The Stones of Venice". Prinsip-prinsip tersebut adalah:
Seni bina dipengaruhi sejumlah idea baru yang sedang menggegari dunia seni catan & seni arca seperti Impressionisme & Pasca Impressionisme. Oleh sebab itu, wujud gabungan antara seni bina dengan seni visual pada abad ke-19...
- Pengorbanan
- Kebenaran
- Kuasa
- Keindahan
- Penghidupan
- Ingatan
- Patuh
Seni bina dipengaruhi sejumlah idea baru yang sedang menggegari dunia seni catan & seni arca seperti Impressionisme & Pasca Impressionisme. Oleh sebab itu, wujud gabungan antara seni bina dengan seni visual pada abad ke-19...
Contoh Seni Bina Abad ke-19
Eiffel Tower Gustave Eiffel 1889 Steel, 324 metres (1,063 ft) tall Paris |
Sagrada Familia Church Antonio Gaudi 1882 - 1926 Barcelona |
Bacaan Tambahan:
- Seni & Pendidikan: SENI ABAD KE-19, Prof. Dr. Mulyadi Mahamood, 5 September 2013
- Cikgu Seni.com: Pengenalan & Sejarah Seni, Mohd. Fairuz, 16 June 2010
No comments:
Post a Comment