29 Jan 2014

PENGANTAR SENI HALUS: Seni Catan Abad ke-19

SENI CATAN ABAD KE-19

STRUKTUR MASYARAKAT EROPAH ABAD KE-19
Pada abad ini, bermulanya Revolusi Perindustrian. Kegiatan ekonomi bergantung kepada sektor industri dan perdagangan. Revolusi Perindustrian telah membawa kepada perkembangan golongan kelas masyarakat di Eropah. Golongan kelas menengah merupakan pembeli hasil karya. Justeru, abad ke-19 telah membuka tirai baru dalam perkembangan seni moden barat di Eropah khususnya Perancis. Revolusi ini juga telah menuntut kuasa Barat untuk melakukan penjajahan dan penguasaan bagi memenuhi permintaan bahan mentah yang semakin meningkat...

The Death of Socrates
Jacques-Louis David
1787

Oil on canvas

  1. Satu lambang Neo-klasik.
  2. Susunan hal benda menyerupai adegan di atas pentas, di mana watak utama dan watak sampingan berada di pentas. Cahaya spotlight ditumpukan ke atas hero, Socrates. Watak Plato duduk di hujung katil, dan Aristotle pula memegang paha Socrates.
  3. Menceritakan situasi Socrates berada di penjara bawah tanah.
  4. Socrates dihukum mati oleh Raja dengan dipaksa meminum racun kerana kesalahan mengajak muda-mudi untuk berfikir.
  5. Kelihatan pengikut-pengikut Socrates bersedih.
  6. Socrates mengangkat tangan menunjukkan bahawa beliau berpegang kepada kebenaran.
  7. Catan ini tiada kesan berus seperti mana teknik yang diajar Akademi Seni Perancis.
  8. Figura diolah seperti arca, tidak bergerak dan begitu padu. Kesan cahaya dimasukkan memperlihatkan pengaruh Caravaggio.

The Coronation of Napoleon 
Jacques-Louis David
1805
Oil on canvas, 621 x 979cm
Paris

Self-Potrait of the Artist
Jacques-Louis David
1794

Oil on canvas, 81 x 64 cm

Portrait of Marie-Francoise Buron 
Jacques-Louis David
c. 1769
Oil on canvas, 66 x 54 cm

The Grand Odalisque 
Jean-Auguste-Dominique Ingres
1814
Oil on canvas, 91 x 162 cm
Musée du Louvre, Paris

Liberty Leading the People
Eugène Delacroix
sempena 
Revolusi pada Julai 1830
Oil on canvas

  1. Lukisan oleh seniman Romanticsm.
  2. Gunakan konsep segitiga dalam karya untuk menunjukkan kekukuhan.
  3. Banyak menggunakan perlambangan.
  4. Lukisan sudah mula keluar dari kebiasaan, patriotik dan revival.
  5. Menggambarkan banyak kemusnahan di mana mayat-mayat bergelimpangan.
  6. Menonjolkan wanita sebagai hero.
  7. Karya ini berbentuk naratif, iaitu kisah politik di Itali.
  8. Memaparkan Itali menuntut kebebasan untuk negaranya.

Self-Portrait 
Eugène Delacroix 
c. 1837
Oil on canvas, 65 x 54,5 cm
Musée du Louvre, Paris

The Barque of Dante 
Eugène Delacroix
1822
Oil on canvas, 189 x 246 cm
Musée du Louvre, Paris

The Massacre at Chios 
Eugène Delacroix
1824
Oil on canvas, 419 x 354 cm
Musée du Louvre, Paris

Raft of the Medusa
Gericault
1818-19
Oil on canvas
Museo del Louvre


  1. Terdapat 2 konsep segi tiga.
  2. Menunjukkan figura yang terpiuh.
  3. Mengisahkan sebuah kapal kerajaan yang pecah dipukul ribut, sebuah kapal lain datang untuk menyelamatkan & kaptennya masih hidup.
  4. Terdapat mayat-mayat bergelimpangan.
  5. Menunjukkan imej yang begitu bergelora, gema emosi digambarkan secara visual & cukup dramatik.
  6. Merupakan tragedi yang menakutkan.

Gray Eminence
Jean-Léon Gérôme
1874
Oil on canvas, 39 x 26 cm

  1. Menggambarkan seorang paderi warga emas.
  2. Semua orang tunduk hormat kepada paderi tersebut.
  3. Lipatan kain jelas kelihatan.
  4. Lukisan digambarkan seperti dalam adegan sebuah filem.

Sunrise: An Impression
Claude Monet
1872

  1. Pelukis sengaja mengotorkan kanvas dengan mencalit-calitkan warna.
  2. Bermulanya revolusi industri di mana banyak kilang dibuka.
  3. Justeru, kilang banyak menghasilkan cat dalam bentuk tiub.
  4. Pelukis berkarya di luar studio, dan melukis on the spot.
  5. Matahari kelihatan berwarna merah.
Self-portrait of the Artist
Edgar Degas
c.1863
Oil on cardboard
Landscape at Saint Charles
Camille Pissarro
Pastel on paper, 29.2 x 19 cm
Luncheon of the Boating Party
Pierre-Auguste Renoir
1880 - 1881
Oil on canvas
Cafe Terrace at Night
Vincent van Gogh
1888
Oil paint, 81 x 65 cm
Kröller-Müller Museum

Poppy Flowers
Vincent van Gogh
1887
Oil paint

The Starry Night 
Vincent van Gogh
1889
Oil on canvas, 73.7 × 92.1 cm
Museum of Modern Art, New York City

Still Life with an Open Drawer 
Paul Cézanne
1877–1879
Oil on canvas

Still Life with Oranges
Paul Gauguin
c. 1882
Oil on canvas, 33 × 46 cm
Museum of Fine Arts, Rennes


1) Neo-Klasik (1780-1820)

  • Abad ini menyaksikan permulaan gerakan yang bernama Neo-Klasik @ Klasik Baru. Gerakan ini bertujuan menghidupkan kembali ciri-ciri estetika yang terdapat pada zaman klasik Yunani. 
  • Inspirasi kedua yg menghidupkan Neo-klasik adalah karya-karya Michelangelo dan seniman-seniman Renaissance yang lain. 
  • Menerusi kedua-dua sumber itu, maka terbitlah prinsip bahawa seni adalah karya banding yang betul, tubuh yang sasa, dan ekspresi muka keperwiraan.
  • Gerakan ini dicetuskan oleh Revolusi Perancis pada 1789. Revolusi ini menyaksikan Napoleon Bonaparte yang berjaya mengalahkan Raja Louis ke-XIV. Selepas kemenangan itu, beliau membina akademi seni Perancis yang dipimpin oleh Jacques-Louis David (1748 - 1825dan Jean Auguste Dominique Ingres (1780 - 1867). Kedua-dua pensyarah ini mengajar bahawa setiap pelukis mesti meniru kaedah pengajaran serta hal benda Yunani yang amat mereka kagumi itu. 
  • Tema seni Neo-klasik ialah pengorbanan jiwa & raga demi negara sesuai dengan falsafah Napoleon yang mengajar bahawa rakyat mesti patuh pada undang-undang, pemimpin, dan tradisi.
  • Ciri-ciri karya: lokasi yang menyerupai pentas teratur, bersih, jelas, hingga tiada kelihatan kesan-kesan sapuan berus.

2) Romanticism (1800-1840)

  • Abad ke-19 juga menyaksikan gerakan Romanticism yang bertujuan menentang fahaman Neo-klasik yang begitu menakluki pemikiran dan pengajaran seni halus bukan sahaja di akademi Perancis malah akademi di seluruh Eropah. 
  • Pelukis Romanticism menolak fahaman tersebut yg dirasakan kaku, mengongkong & sempit.  Sebaliknya falsafah ROMANTICISM bersifat lebih peribadi, penuh emosi, dan mengagung-agungkan tema semasa & tema sejarah dengan tujuan tersirat untuk mengkritik Napoleon yg berbentuk Republikan itu.
  • Romanticism dipimpin oleh Delacroix (1798 - 1863) & Gericault (1791 - 1824). Mereka menggunakan sapuan berus yang tersusun, mengatur benda olahan yang melanggar perspektif, tubuh-tubuh yang berpulas-pulas dalam aksi-aksi dramatik, penuh misteri dan mendebarkan.

3) Realisme (1840-1900)

4) Impressionisme (1860-1890)

  • Selepas Romanticism, timbul pula gerakan Impressionisme, juga pemberontakan terhadap akademi seni Perancis yang setiap tahun mengadakan pameran, dinamakan Salon. Hanya karya terpilih yang dapat ikut serta dalam pameran itu. Pihak yang memilih terdiri daripada pensyarah-pensyarah di akademi tersebut. Mereka menilai karya mengikut nilai karya klasik.
  • Gerakan ini menggunakn teknik calitan berus yang terputus-putus dengan cat dipicit terus dari tiub. Hal ini menyebabkan permukaan cat tidak rata dan kesat. Pelukis Impressionisme membawa keluar pensel, berus, cat & kanvas dari studio untuk merakam alam on the spot, malah menangkap permainan cahaya matahari ke atas pepohon, ladang mahupun manusia.
  • Antara pelukis Impressionisme ialah C. Monet, Pissarro, Renoir dan Degas.

5) Pasca Impressionisme (1890-1905)

  • Kemudian gerakan Pasca Impressionisme (pergerakan reaksi) pula muncul. Nama gerakan ini diberi oleh pengkritik Inggeris, Roger Fry yang mengaturkan sebuah pameran di Jerman 1910. Fry telah menghuraikan dalam katalog pameran tersebut, ciri-ciri warna yang malap dan bentuk-bentuk yang dipanggilnya significant form..
  • Ciri-ciri karya : menekankan isu kandungan yang emosi & bergelora. Seniman berpuashati dengan menggambarkan hal benda secara leper dengan garis luar yang tebal.
  • Pelukisnya terdiri daripada ahli-ahlinya sendiri, iaitu Gauguin, Van Gogh & Cezzane.
Bacaan Tambahan:
  1. Seni & Pendidikan: SENI ABAD KE-19Prof. Dr. Mulyadi Mahamood, 5 September 2013
  2. Cikgu Seni.com: Pengenalan & Sejarah Seni,  Mohd. Fairuz, 16 June 2010

28 Jan 2014

PENGANTAR SENI HALUS: Seni Renaissance

SENI RENAISSANCE

  • Bermula di Itali, dan merebak ke seluruh Eropah sepanjang 300 tahun (tahun 1300-1600). Sumber seni Renaissance ialah dari falsafah Plato yg berada dalam bahasa Arab, tetapi diterjemahkan semula ke bahasa Greek, Latin, & Itali.
  • Pujangga-pujangga Arab seperti Ibn Rushdi yg terkenal di Barat sebagai Averroes (1126-1198) yg telah telah membuat huraian ke atas karya-karya Plato & karya-karya Aristotle. Dalam karya-karya itu terdapat seruan agar manusia itu mencari kebenaran. Maka, seni Renaissance memperkenalkan kaedah perspektif iaitu benda di depan kelihatan besar & benda di belakang kelihatan kerdil pada permukaan yg mendatar. Dengan perspektif, pelukis berjaya merakam realiti harian sebagai sambutan kepada seruan mencari kebenaran itu.
  • Pujangga-pujangga Itali seperti, Pico della Mirandola menulis buku berjudul dalam bhs Inggeris, "Oration on the Dignity of Man", yang mana menyarankan bahawa manusia itu satu ciptaan tuhan yang terindah sebab dia (manusia) mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Seruan ini mendorong seniman-seniman Renaissance untuk melukis dan mengukir figura manusia itu sesempurna yang mungkin.
  • Leon Battista Alberti menulis buku mengenai lukisan yang telah terbit pada tahun 1436. Dalam buku itu, Alberi menganjurkan bahawa pelukis mesti merekaciptanya sebagai sebuah tingkap. Segala sesuatu yg hendak diceritakan pelukis mesti berada dalam tingkap tersebut. Pelukis disarankan 3 perkara supaya sesebuah lukisan itu berjaya:
  1. Lukisannya itu mesti ada cerita
  2. Lukisannya itu mesti seimbang/simetri
  3. Lukisannya itu mesti berisi bilangan figura yg cukup-cukup, tak terlalu ramai @ terlalu sedikit
  • Leonardo da Vinci menganjurkan falsafah Empirecisme yg mengakui kepercayaan bahawa ilmu itu hanya boleh diperolehi melalui penghayatan & pengalaman. 
  • Giorgio Vasari telah menulis buku yang paling mahsyur pada zaman Renaissance tersebut, berjudul "Lives of the Artists" terbit pada tahun 1568. Buku ini menceritakan riwayat hidup pelukis-pelukis terdahulu dan sezaman. Beliau menganjurkan 2 perkara untuk diikuti artists:
  1. Sesebuah karya mesti ada kadar banding (proportion)
  2. Mesti ada design @ rekabentuk yg padat. Hanya dengan demikian, barulah sesuatu karya seni itu boleh berfungsi untuk mendidik orang ramai.

Antara Hasil Karya Zaman Renaissance:

"Santo Spirito"
Tempat: Florence
Arkitek: Brunelleschi
Tahun: 1434
"St. Andrea"
Tempat: Mantua
Arkitek: Leone Battista Alberti
Tahun: 1470
"David", bronze by Donatello
Tahun: 1430
Florence

  1. Merakamkan seorang hero yang telah menewaskan raksasa.
  2. Terdpat pedang spanjang 4 kaki diletakkan ke dalam.
  3. Keadaan satu kaki relaks menandakan pengaruh Yunani klasik.
  4. Berat ditampung oleh kaki.
  5. Tangan diletakkan di pinggang figura bagi menggambarkan watak yang keletihan selepas menewaskan raksasa..
Title: Equestrian Monument of Gattamelata
Artist: Donatello
Year: 1450
-Bronze-
Title: David
Artist: Michelangelo
Year: 1504
-Marble-

  1. David merupakan imej dari kitab Bible, seorang Hebrew muda yang membunuh raksasa Goliath.
  2. David bukan sahaja mengingatkan kembali zaman Yunani, tetapi menerangkan kepintaran Mchelangelo.
  3. Orng Greek hanya menggambarkan secara luaran, tetapi Michelangelo tahu cara badan berfungsi secara dalaman kerana beliau belajar anatomi.
  4. Melalui kepakaran ini, beliau menunjukkan secara teperinci bahagian otot, daging dan tulang dengan marble.
"Lamentation", fresco (1306) by Giotto
at Padua

"Tribute Monkey", fresco (1424)by Masaccio
at Florence



Title: Mona Lisa
Artist: Leonardo da Vinci
Year: 1506 in Louvre, Paris
oil panting


  1. Memakan masa selama 5 tahun untuk menyiapkan catan ini (10 jam sehari).
  2. Seniman ini dikatakan sebagai seorang perahsia kerana menulis dengan tangan kiri dan secara terbalik.
  3. Lukisannya terlalu terperinci dan halus, menggambarkan beliau seorang yang bersih dan cermat.
  4. Tangan Monalisa menunjukkan tangan seorang gadis yang tidak pernah melakukan kerja berat kerana dia tergolong dalam golongan orang kaya.
  5. Menggunakan teknik chiaroscuro.
Tajuk: Proportion / Vitruvian Man
Artist: Leonardo da Vinci
Tahun: 1490
pen and ink
Tajuk: Internal Organs
Artist: Leonardo da Vinci
Tahun: 1500
"Anatomical Study Torso and Arms"
Artist: Leonardo da Vinci
Year: 1500
Tajuk: Virgin of the Rocks
Artist: Leonardo da Vinci
Tahun: 1497-1511
oil painting
Tajuk: The Holy Family
Artist: Raphael
Tahun: 1518
Tajuk: Creation of Adam
Artist: Michelangelo
Tahun: 1511
Sistine CeilingVatican
Fresco
Tajuk: Study of Adam
Artist: Michelangelo
Tahun: 1511 

26 Jan 2014

PENGANTAR SENI HALUS: Seni Islam

SENI ISLAM

  1. Bermula pada abad ke-7 A.D iaitu setelah wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. pada tahun 632 A.D. Pemimpin-pemimpin Islam seterusnya memerintah tanah besar Timur Tengah sehingga sampailah ke benua Sepanyol. Di sebelah barat & di sebelah timur pula sampailah ke India dan kepulauan Melayu.
  2. Kerja-kerja menghias, menulis & membina amat dihargai dalam budaya Islam itu sendiri. Oleh hal yang demikian, pelbagai cabang ilmu berkembang berdasarkan sikap bahawa ilmu itu berguna untuk memperkuatkan umat Islam.
  3. Maka, dalam pemerintahan Umaiyyah (661-500 A.D), terbina Masjid Kubbatul Sakrah (The Dom of the Rock). Melalui binaan tersebut, terdapat banyak banyak hiasan dan teknik binaan yang mencerminkan cabang-cabang ilmu yg tinggi nilai estetikanya. Cabang-cabang tersebut ialah seni bina, seni geometri & seni fizik.
  4. Disebabkan adanya larangan terhadap pembuatan imej manusia, maka seniman-seniman Islam menggunakan daya kreatifnya untuk mengolah motif-motif bunga-bungaan & motif-motif geometrik. Dengan motif itu, maka tiada ruang dinding atau tiang dibiarkan kosong. Setiap permukaan diisi dengan ukiran motif-motif tersebut.
  5. Kelompok-kelompok motif biasanya diulang berkali-kali supaya tiada rujukan kepada dunia nyata. Pengulangan itu diatur supaya menjadi gubahan yg lengkap tanpa mempunyai pusat fokus.
  6. Motif geometri yg empat segi, bulat, tiga segi, bujur & lonjong berfungsi secara bersendirian @ secara bertindih selapis, dua lapis/lebih. Ilmu matematik & formula pembahagian digunakan utk mengalih satu rumusan nombor kepada ukiran batu-batu hiasan yang dinamakan MUQARNAS.
  7. Kaedah penggayaan @ stylezarsi ke atas hal benda dari alam s/jadi seperti figura manusia, binatang, tumbuhan adalah diguna utk menghiasi teks-teks sastera atau binaan keluli. Unsur-unsur perspektif sengaja dilanggar juga bertujuan menafikan rujukan kepada alam nyata. Gambar-gambar ilustrasi tersebut biasanya dilukis sebagai pelengkap kepada naratif atau jalan cerita kepada teks.
  8. Menurut kesenian Islam, objek seni itu dibuat supaya ia berguna dalam kehidupan seharian oleh golongan kelas bawahan  & golongan kelas atasan. Justeru, seniman perlu mematuhi syarat agama agar manusia itu jangan membazir atau menunjuk-nunjuk kerana hal itu pasti membuat seseorang seniman menjadi angkuh. Sebaliknya, objek seni mesti mencerminkan adanya harmoni antara manusia dengan tuhan yg disembahnya.. 
  9. Idea ini juga dicerminkan oleh tradisi, khususnya di Timur Tengah, di mana ayah mengajar anaknya kemahiran seninya turun-temurun. Seni Islam menyokong sesuatu yg tradisional dan menolak sesuatu yg baru dan mendadak.

Contoh Karya Kesenian Islam:

"Dome of the Rock"
Tempat: Jerusalem
Tahun: 692 A.D
Dome of the Rock
(pandangan dari udara)
Tajuk: Laila and Majnun at School
Artis: Behzad
Tahun: 1494

Tajuk: Construction of the Castle of Khawarnaq
Artis: Behzad
Tahun: 1494


PENGANTAR SENI HALUS: Seni Catan Cina

SENI CATAN DI CHiNA

  • Catan Cina berbentuk kepingan, skrol (gulungan), & juga berbentuk buku album. Falsafah catan cina ialah, pelukis bukannya abdi, sebaliknya pelukis MESTI menjadi tuan kepada berus, dakwat & kertas @ suteranya. Jadi, bagi mengawal penguasaan ke atas berus itu, pelukis mesti berlatih menggerakkan jari-jari tangannya setiap pagi sehingga menjadi selembut berus & kertas itu sendiri.
  • Senaman badan juga mesti dibuat setiap hari supaya terjaga kesihatan badan. Hanya tubuh yang sihat sahaja, berupaya melukis gambar yang menyegarkan hati..
  • Orang-orang Cina berpendapat, keindahan dalam catan China ialah perasaan kagum yang tinggi oleh pemerhati. Apabila seseorang pemerhati itu melihat sekeping catan sama seperti dia merenung awan, bukit & air tejun. Pelukis merakam hal benda secara spontan berdasarkan perasaan sayang, hormat & rendah diri apabila berhadapan dengan alam semulajadi.
  • Ada 6 peraturan yg MESTI dipatuhi pelukis agar kerja melukis itu membawa faedah kepada dirinya & diri orang yang menjadi peminatnya.


6 Peraturan dalam Seni Catan Cina :

  1. Pelukis mesti melakukan meditasi atau renungan ke atas objek yg hendak dilukisnya itu sehingga terjalinlah hubungan yang intim antara pelukis & objek tersebut.
  2. Setiap hal benda mesti dihayati sebagai satu struktur @ rangka yang mesti dirakam menggunakan berus.
  3. Setiap hal benda @ objek mesti dihayati sebagai satu bentuk berlainan dengan bentuk yang ada di sekitarnya.
  4. Setiap objek ada warnanya yang tersendiri yang mesti dilukis sedekat yang mungkin dengan cat / dakwat.
  5. Setiap catan mesti ada komposisi @ reka letak yang mesti dirancang terlebih dahulu.
  6. Setiap salinan yang dibuat ke atas catan terdahulu mestilah berdasarkan lakaran yang betul.

Contoh Karya :


Tajuk: Emperor Ming Huang's Journey to Shu
Artist: Unknown       Year: 8 Century A.D
Emperor Ming Huang's Journey to Shu (detail)
Tajuk: The Poet Li Po
Artist: Liang Kai
Tahun: 13th Century



23 Jan 2014

PENGANTAR SENI HALUS: Seni Buddha

SENI BUDDHA

  • Seni ini mula berkembang pada zaman Asoka yang bertarikh 272-232 B.C. Bertapak di dua tempat yang penting, Sanchi & Barhhut. Terdapat ukiran arca, binaan & catan yang bertemakan pengajaran Buddha di kedua-dua tempat tersebut, mengenai kelakuan baik yang telah diamalkan oleh Buddha itu sendiri.
  • Seni Buddha pada mulanya menentang pembuatan imej Buddha itu sendiri. Imej Buddha mulai timbul di satu tapak bernama Anuradhapura di Sri Lanka, 400 tahun kemudian setelah Buddha mangkat.
  • Ada 2 lambang lelaki & perempuan dalam seni ini, yang lelaki digelar Yaksha manakala perempuan, Yakshi.
  • Bentuk & kedudukan tapak tangan menandakan pelbagai mudra yang terpengaruh oleh seni Hindu.
  • Selain Buddha, ada beberapa watak lain yang dirakam dalam seni ini. Watak-watak tersebut dipanggil Bodhisattva, Avalokitesvara, Amitabha & berpuluh-puluh lagi para dewata yang darjatnya semakin rendah.

Contoh Karya Seni Buddha

Tajuk: The Great Stupa
Tempat: Sanchi, India
Tarikh: 1stCentury A.D
Architecture of The Great Stupa at Sanchi, India
The North Gate at Sanchi
Yakshi at Sanchi, 1st Century A.D
Jataka at Sanchi
1st Century A.D
Yakshi at Mathura, 2nd Century A.D
Yaksha at Mathura
2nd
 Century A.D