ARCA BARAT ABAD KE-20
- Arca barat abad ke-20 menyambung tradisi yang telah dibina pada abad ke-19. Melalui tradisi tersebut figura manusia sering diolah kadangkala secara realistik dan adakalanya abstrak.
- Arca abad ke-20 melalui pelbagai stail / gerakan seperti kubisme, ekspresionisme, realisme, modenisme, dan pasca-modenisme. Setiap gerakan tersebut mempunyai pengamal-pengamalnya serta penulis-penulis yang menyokongnya. Baik pengarca mahupun penulis, masing-masing berhadapan dengan soal yang tidak mempunyai jawapan yang mutlak.
- Para arcawan pada abad tersebut mementingkan bahan yang diolahnya itu. Batu marmar, besi, kayu atau barang-barang buangan adalah berfungsi sebagai pembawa maksud atau makna. Oleh sebab terbitnya keadaan sedemikian itu yang rata-rata dikenal sebagai modenisme, maka timbul pula satu pendekatan baru yang diberi nama pasca-modenisme.
- Modenisme biasanya mengakui bahawa sesuatu karya seni arca itu membawa makna yang tunggal-tunggalan. Pasca-modenisme pula membawa maksud yang pelbagai.
- Oleh hal yang demikian, terbukalah seni arca itu kepada kepada karya-karya yang sengaja kabur untuk mendapat perhatian umpamanya figura manusia hanya diarcakan secara sarana dan bukannya secara literal.
- Sepanjang 100 tahun pada abad ke-20 itu, banyak arca yang disokong sebagai karya-karya agung. Manakala karya-karya yang langsung tidak dikenali umur yang bersekedudukan sebagai karya agung boleh berubah sehingga dilupakan orang dan karya yang tidak dikenali kerap diketengahkan sehingga mencapai taraf karya agung.