CATAN ABAD KE-20.
- Abad ini menyaksikan Perang Dunia Pertama & Perang Dunia Kedua. Peperengan yang berlaku atas sebab perluasan kuasa dan perkmbangan ideologi ini telah mencetuskan kemusnahan, kezaliman, pembunuhan dan penyeksaan. Peperangan juga telah menjana perkembangan teknologi, mesin dan senjata.
- Keinginan Barat untuk menjajah kerana perdagangan, ekonomi, politik dan penyebaran agama Kristian serta penyebaran ideologi Barat telah menjadi punca berkembangnya imperialisme.
- Imperialisme melahirkan semangat nasionalisme kepada negara yang dijajah. Penduduk yang dijajah telah bangkit untuk menentang penjajahan. Hal ini akhirnya membawa kepada peperangan.
- Terpengaruh oleh kesenian peribumi dari negara jajahan Eropah, pelukis mula bereksperimen dengan pelbagai bahan & stail. Mereka banyak meminjam kaedah seni dari Asia, Afrika & Latin Amerika.
- Tanah jajahan Inggeris, Perancis, Jerman & Itali banyak membawa masuk artifak-artifak seni purba yang estetikanya amat bertentangan dengan tradisi Eropah yang bertunjangkan tamadun Yunani klasik.
- Terdapat 8 stail yang muncul sepanjang abad ke-20:
1) EKSPRESIONISME
- Berkembang di Jerman. Seniman menyuarakan rasa hati dan meluahkan tekanan dan kekecewaan dalam lukisan. Menekankan tentang pernyataan emosi. Bentuk awal objek tidak jelas kelihatan, sebaliknya warna, jalinan, garisan & bentuk diutamakan.
- Pada 1905, satu kumpulan menggelarkan diri mereka "Die Brucke" atau "The Bridge" mengadakan pameran lukisan mereka yang pertama.
- Karya yang dipamerkan "The Bridge" berupa luahan perasaan manusia yang hebat, hebat, marah, tertekan serta keras dan memberontak.
- Emil Nolde melalui hasil karyanya "St. Mary of Egypt among Sinners" merupakan sebuah luahan perasaan. Penampilan perasaannya boleh dilihat melalui penggunaan warna yang garang beserta sapuan berus yang kasar dan ganas. Figura dimanipulasi sehingga berjaya melahirkan sebuah perasaan yang marah dan menakutkan.
- Dilukis secara spontan, mengikut naluri perasaan atau ekspresi pelukis dengan tenaga yang datang dari dalam.
- Pada 1908 pula, "Der Blaue Reiter" atau "The Blue Rider" yang dipelopori oleh Franz Marc dan Kandinsky mengadakan pamerannya yang pertama. Karya kumpulan ini lebih bersifat imaginatif, lembut, emosional tidak keras atau garang. Karya mereka lebih memberi rangsangan psikologi. Lebih bersifat abstrak.
- Dipelopori Pablo Picasso dan Gorges Braque di Paris sekitar tahun 1908.
- Gerakan ini tidak melibatkan emosi dan luahan perasaan. Lebih bersifat moden atau akademik tentang seni lukis.
- Mementingkan unsur-unsur geometri (segi empat, bujur, bulat, segi tiga atau hal benda) yang dipecah-pecahkan supaya dapat dipandang dari pelbagai sudut..
- Menimbulkan ilusi 3D yang lut sinar dan gambaran pergerakan.
- Mengutamakan kesan warna yang bertenaga, jalinan yang pelbagai dan cara ekspresi yang bebas.
- Merupakan suatu pencarian kefahaman baru dalam seni tampak.
KIUBISME TERBAHAGI KEPADA 4 PERINGKAT
3) FUTURISME
Dynamism of A Dog on a Leash Giacomo Balla 1912 Oil on canvas, 91 x 110 cm |
Woman With a Hat Henri Matisse 1905 Oil on canvas |
- Gerakan yang memanifestasikan kemajuan teknologi dan sains.
- Tema: perindustrian, perkilangan, jentera, dan penemuan baru.
- Menonjolkan ciri-ciri kemajuan, kepantasan, dinamis dan penerokaan fizik.
- Subjek: peperangan, kemusnahan alam sekitar, budaya dan keinsafan.
- Menganjurkan bahawa seni itu mesti merakamkan aksi dan pergerakan.
4) DADAISME
Construction for Noble Women Kurt Schwitters Assemblage 1919 |
L.H.O.O.Q Marcel Duchamp 1919 |
- Gerakan yang lahir akibat peperangan, terutamanya Perang Dunia Pertama.
- Gerakan ini menentang keras peperangan dan kezaliman.
- Perkataan 'dada' sendiri tidak membawa apa-apa makna dan erti, kerana perkataan ini dipetik secara rambang.
- Mempersoalkan konsep 'hidup ini tidak bermakna' iaitu kepercayaan bahawa hidup ini kosong tanpa erti. Seni tidak bermakna atau seni yang bukan seni dan seni yang anti seni. Semuanya tidak berguna, kosong... Segala yang berlaku adalah kebodohan.
5) EKSPRESIONISME AMERIKA
Autumn Rhythm Jackson Pollock 1957 Oil on canvas, 2.67 x 5.26 m
|
Lucifer Jackson Pollock 1947 Oil, enamel, aluminum paint canvas, 7'4” x 9'11 |
- Abstrak merupakan gaya utama dan tatacara untuk berkarya.
- Berkonsepkan luahan perasaan pelukis sebenar-benarnya melalui penggunaan warna dan sapuan berus, malah renjisan warna juga turut digunakan untuk menjayakan manifestasi karya.
- Menggunakan gaya yang spontan dan pemikiran yang bebas.
- Gaya atau aksi pelukis juga diambilkira semasa berkarya, kerana akan memberi kesan ke atas karya.
Jackson Pollock semasa berkarya
6) PASCA-MODENISME
- Membenarkan seniman berkarya menggunakan pelbagai sumber atau tradisi.
- Terdapat tradisi Afrika, Eropah dan tradisi moden yang bercampur-aduk dalam sesebuah karya sehingga tidak boleh dikaitkan lagi pada mana-mana negara.
- Menafikan ketunggalan makna dalam sesebuah karya seni. Menganggap dalam karya seni itu mempunyai makna yang berlapis-lapis.
7) REALISME
Christina's World Andrew Wyeth 1948 Tempera on gessoed panel
|
The Third-Class Carriage Honoré Daumier c. 1862-1864 Oil on canvas
|
Early Sunday Morning Edward Hopper 1930 |
- Catan dihasilkan dengan tepat mengikut subjek dan menyerupai bentuk sebenar.
- Ideologi: lukisan ialah rakaman visual, tiada kaitan dengan emosi dan perasaan.
- Pelukis hanya menggambarkan imej secara realistik pada pandangan mata dan berpandukan perkara yang wujud sahaja.
- Pelukis menggunakan imej yang dirakam dalam kehidupan seharian dan alam benda sebagai subjek karya.
- Mementingkan teknik yang halus sehingga menyerupai fotografi.
8) SUREALISME
The Persistence of Memory Salvador Dali 1931
Pelukis memanifestasikan mimpi buruknya ke atas kanvas.
Jam layu & lembik memberi gambaran bahawa manusia yang tiada kesedaran tentang masa.
Menunjukkan kawasan lapang yang kelihatan gersang menggambarkan kehidupan terhenti dan masa tidak lagi wujud.
Terdapat serpihan kulit manusia dan beberapa ekor semut yang mengerumuni jam. Banyak ruang kosong yang telah ditonjolkan dalam karya memaparkan infiniti. Keseluruhannya, karya ini menceritakan tentang masa yang terhenti dan manusia yang tidak tahu menilai masa. |
Two Children are Threatened by a Nightingale Max Ernst 1924
|
- Gerakan ini meneroka & mencari cara untuk meluahkan rasa seni dalam bentuk dunia mimpi dan alam bawah sedar.
- Bermula dengan karya melalui gaya catan metafizik dan gaya ini mempengaruhi ramai pelukis terutamanya pelukis Dada. Idea ini adalah konsep baru gambaran yang berteraskan idea Dada iaitu kekosongan.
- Objektif utama: pencarian & penerokaan dalam dunia psikik, kenyataan fantasi dan alam bawah sedar.
- Seniman mengkaji kewujudan mimpi & igau serta membawa alam luar dan alam batin bersama dalam satu keadaan, iaitu kanvas.
- Salah seorang pelukis yang menjadi pelopor gaya seni ini ialah Salvador DalĂ.
Salvador Dali
No comments:
Post a Comment