9 May 2014

PENGANTAR SENI HALUS: Arca Abad Ke-20

ARCA BARAT ABAD KE-20

  1. Arca barat abad ke-20 menyambung tradisi yang telah dibina pada abad ke-19. Melalui tradisi tersebut figura manusia sering diolah kadangkala secara realistik dan adakalanya abstrak.
  2. Arca abad ke-20 melalui pelbagai stail / gerakan seperti kubisme, ekspresionisme, realisme, modenisme, dan pasca-modenisme. Setiap gerakan tersebut mempunyai pengamal-pengamalnya serta penulis-penulis yang menyokongnya. Baik pengarca mahupun penulis, masing-masing berhadapan dengan soal yang tidak mempunyai jawapan yang mutlak.
  3. Para arcawan pada abad tersebut mementingkan bahan yang diolahnya itu. Batu marmar, besi, kayu atau barang-barang buangan adalah berfungsi sebagai pembawa maksud atau makna. Oleh sebab terbitnya keadaan sedemikian itu yang rata-rata dikenal sebagai modenisme, maka timbul pula satu pendekatan baru yang diberi nama pasca-modenisme.
  4. Modenisme biasanya mengakui bahawa sesuatu karya seni arca itu membawa makna yang tunggal-tunggalan. Pasca-modenisme pula membawa maksud yang pelbagai.
  5. Oleh hal yang demikian, terbukalah seni arca itu kepada kepada karya-karya yang sengaja kabur untuk mendapat perhatian umpamanya figura manusia hanya diarcakan secara sarana dan  bukannya secara literal.
  6. Sepanjang 100 tahun pada abad ke-20 itu, banyak arca yang disokong sebagai karya-karya agung. Manakala karya-karya yang langsung tidak dikenali umur yang bersekedudukan sebagai karya agung boleh berubah sehingga dilupakan orang dan karya yang tidak dikenali kerap diketengahkan sehingga mencapai taraf karya agung. 

Hasil Karya


4 May 2014

PENGANTAR SENI HALUS: Catan Abad Ke-20

CATAN ABAD KE-20.

  • Abad ini menyaksikan Perang Dunia Pertama & Perang Dunia Kedua. Peperengan yang berlaku atas sebab perluasan kuasa dan perkmbangan ideologi ini telah mencetuskan kemusnahan, kezaliman, pembunuhan dan penyeksaan. Peperangan juga telah menjana perkembangan teknologi, mesin dan senjata.
  • Keinginan Barat untuk menjajah kerana perdagangan, ekonomi, politik dan penyebaran agama Kristian serta penyebaran ideologi Barat telah menjadi punca berkembangnya imperialisme.
  • Imperialisme melahirkan semangat nasionalisme kepada negara yang dijajah. Penduduk yang dijajah telah bangkit untuk menentang penjajahan. Hal ini akhirnya membawa kepada peperangan. 
  • Terpengaruh oleh kesenian peribumi dari negara jajahan Eropah, pelukis mula bereksperimen dengan pelbagai bahan & stail. Mereka banyak meminjam kaedah seni dari Asia, Afrika & Latin Amerika.
  • Tanah jajahan Inggeris, Perancis, Jerman & Itali banyak membawa masuk artifak-artifak seni purba yang estetikanya amat bertentangan dengan tradisi Eropah yang bertunjangkan tamadun Yunani klasik.
  • Terdapat 8 stail yang muncul sepanjang abad ke-20:

1) EKSPRESIONISME
Improvisation 28
Kandinsky
1912


  1. Hasilan kumpulan "The Blue Rider".
  2. Luahan melalui warna yang lembut dan sapuan berus.
  3. Bersifat abstrak.
  4. Imaginatif, emosi tidak keras atau garang.
  5. Memberi rangsangan psikologi.
The Paesaggio Barbaro
Enzo Cucchi
1983


  1. Memaparkan warna-warna yang gelap untuk menggambarkan perasaan pelukis yang hebat, keras dan memberontak.
  2. Bagi menonjolkan lagi emosi, pelukis menggunakan sapuan cat yang tebal dan kasar.
  3. Kelihatan tengkorak berserakan.
  4. Catan ini melambangkan simbol kematian, keadaan yang terbiar dan reput.
  5. Merupakan sebuah karya berunsurkan kematian dan menakutkan kerana berlawanan dengan benda hidup.
  • Berkembang di Jerman. Seniman menyuarakan rasa hati dan meluahkan tekanan dan kekecewaan dalam lukisan. Menekankan tentang pernyataan emosiBentuk awal objek tidak jelas kelihatan, sebaliknya warnajalinangarisan & bentuk diutamakan.
  • Pada 1905, satu kumpulan menggelarkan diri mereka "Die Brucke" atau "The Bridge" mengadakan pameran lukisan mereka yang pertama.
  • Karya yang dipamerkan "The Bridge" berupa luahan perasaan manusia yang hebat, hebat, marah, tertekan serta keras dan memberontak.
  • Emil Nolde melalui hasil karyanya "St. Mary of Egypt among Sinners" merupakan sebuah luahan perasaan. Penampilan perasaannya boleh dilihat melalui penggunaan warna yang garang beserta sapuan berus yang kasar dan ganas. Figura dimanipulasi sehingga berjaya melahirkan sebuah perasaan yang marah dan menakutkan.
  • Dilukis secara spontan, mengikut naluri perasaan atau ekspresi pelukis dengan tenaga yang datang dari dalam.
  • Pada 1908 pula, "Der Blaue Reiter" atau "The Blue Rider" yang dipelopori oleh Franz Marc dan Kandinsky mengadakan pamerannya yang pertama. Karya kumpulan ini lebih bersifat imaginatif, lembut, emosional tidak keras atau garang. Karya mereka lebih memberi rangsangan psikologi. Lebih  bersifat abstrak.

2) KIUBISME
Guernica
Pablo Picasso
1937

Three Musicians
Pablo Picasso

Teknik Kolaj
  • Dipelopori Pablo Picasso dan Gorges Braque di Paris sekitar tahun 1908.
  • Gerakan ini tidak melibatkan emosi dan luahan perasaan. Lebih bersifat moden atau akademik tentang seni lukis.
  • Mementingkan unsur-unsur geometri (segi empat, bujur, bulat, segi tiga atau hal benda) yang dipecah-pecahkan supaya dapat dipandang dari pelbagai sudut..
  • Menimbulkan ilusi 3D yang lut sinar dan gambaran pergerakan.
  • Mengutamakan kesan warna yang bertenaga, jalinan yang pelbagai dan cara ekspresi yang bebas.
  • Merupakan suatu pencarian kefahaman baru dalam seni tampak.
    KIUBISME TERBAHAGI KEPADA 4 PERINGKAT

3) FUTURISME
Dynamism of A Dog on a Leash
Giacomo Balla
1912
Oil on canvas, 91 x 110 cm

Woman With a Hat 
Henri Matisse
1905
Oil on canvas
  • Gerakan yang memanifestasikan kemajuan teknologi dan sains.
  • Tema: perindustrian, perkilangan, jentera, dan penemuan baru.
  • Menonjolkan ciri-ciri kemajuan, kepantasan, dinamis dan penerokaan fizik.
  • Subjek: peperangan, kemusnahan alam sekitar, budaya dan keinsafan.
  • Menganjurkan bahawa seni itu mesti merakamkan aksi dan pergerakan.

4) DADAISME
Construction for Noble Women
Kurt Schwitters
Assemblage
1919

L.H.O.O.Q
Marcel Duchamp
1919
  • Gerakan yang lahir akibat peperangan, terutamanya Perang Dunia Pertama.
  • Gerakan ini menentang keras peperangan dan kezaliman.
  • Perkataan 'dada' sendiri tidak membawa apa-apa makna dan erti, kerana perkataan ini dipetik secara rambang.
  • Mempersoalkan konsep 'hidup ini tidak bermakna' iaitu kepercayaan bahawa hidup ini kosong tanpa erti. Seni tidak bermakna atau seni yang bukan seni dan seni yang anti seni. Semuanya tidak berguna, kosong... Segala yang berlaku adalah kebodohan. 

5) EKSPRESIONISME AMERIKA
Autumn Rhythm
Jackson Pollock
1957
Oil on canvas, 2.67 x 5.26 m


  1. Karya ini nampak jelas dan menarik.
  2. Menggunakan gaya renjisan ke atas kanvas.
  3. Seluruh anggota badan digunakan untuk merenjis warna-warna cat supaya memenuhi seluruh kanvas.
  4. Pelukis menghasilkan karya dengan pergerakan yang bebas dan spontan.
  5. Hasilnya menampakkan pergerakan yang dinamik dan mempunyai rentak yang tersendiri.
  6. Jika diteliti catan ini, seolah-olah kelihatan segumpal benang yang dicerai-ceraikan.
Lucifer 
Jackson Pollock 
1947
Oil, enamel, aluminum paint canvas, 7'4” x 9'11
  • Abstrak merupakan gaya utama dan tatacara untuk berkarya.
  • Berkonsepkan luahan perasaan pelukis sebenar-benarnya melalui penggunaan warna dan sapuan berus, malah renjisan warna juga turut digunakan untuk menjayakan manifestasi karya.
  • Menggunakan gaya yang spontan dan pemikiran yang bebas.
  • Gaya atau aksi pelukis juga diambilkira semasa berkarya, kerana akan memberi kesan ke atas karya.
    Jackson Pollock semasa berkarya

6) PASCA-MODENISME 
  • Membenarkan seniman berkarya menggunakan pelbagai sumber atau tradisi.
  • Terdapat tradisi Afrika, Eropah dan tradisi moden yang bercampur-aduk dalam sesebuah karya sehingga tidak boleh dikaitkan lagi pada mana-mana negara. 
  • Menafikan ketunggalan makna dalam sesebuah karya seni. Menganggap dalam karya seni itu mempunyai makna yang berlapis-lapis.

7) REALISME 
Christina's World
Andrew Wyeth
1948
Tempera on gessoed panel
  1. Menggambarkan seorang wanita di atas padang yang lapang tanpa pokok.
  2. Wanita tersebut memandang rumah berwarna kelabu.
  3. Wanita dalam karya ini ialah Anna Christina Olson (3 Mei 1893-27 Januari 1968).
  4. Wanita ini telah menghidapi polio yang menyebabkan badannya lumpuh.
The Third-Class Carriage
Honoré Daumier
c. 1862-1864
Oil on canvas

  1. Imej dirakam dari kehidupan seharian. Alam benda adalah subjek.
  2. Suasana sebenar kedudukan dalam gerabak kereta api kelas ketiga.
  3. Menggambarkan gerabak kelas ketiga adalah kotor, bangku keras, penuh dengan orang-orang yang tidak mampu beli tiket kelas kedua atau pertama.
  4. Terdapat seorang wanita memangku bayinya, wanita tua dengan tangannya digenggam di atas bakul, budak lelaki yang sedsng tidur dan beberapa penumpang yang lain...

Early Sunday Morning 
Edward Hopper
1930
  • Catan dihasilkan dengan tepat mengikut subjek dan menyerupai bentuk sebenar.
  • Ideologi: lukisan ialah rakaman visual, tiada kaitan dengan emosi dan perasaan.
  • Pelukis hanya menggambarkan imej secara realistik pada pandangan mata dan berpandukan perkara yang wujud sahaja.
  • Pelukis menggunakan imej yang dirakam dalam kehidupan seharian dan alam benda sebagai subjek karya.
  • Mementingkan teknik yang halus sehingga menyerupai fotografi.

8) SUREALISME 
The Persistence of Memory
Salvador Dali
1931

Pelukis memanifestasikan mimpi buruknya ke atas kanvas.
Jam layu & lembik memberi gambaran bahawa manusia yang tiada kesedaran tentang masa.
Menunjukkan kawasan lapang yang kelihatan gersang menggambarkan kehidupan terhenti dan masa tidak lagi wujud.
Terdapat serpihan kulit manusia dan beberapa ekor semut yang mengerumuni jam.
Banyak ruang kosong yang telah ditonjolkan dalam karya memaparkan infiniti.
Keseluruhannya, karya ini menceritakan tentang masa yang terhenti dan manusia yang tidak tahu menilai masa.

Two Children are Threatened by a Nightingale
Max Ernst
1924


  1. Pagar merah dilekatkan pada catan. Langit biru mendominasi adegan pada karya ini.
  2. Memaparkan figura wanita mengayunkan pisau. Terdapat figura yang sedang berbaring. 
  3. Seorang lelaki di atas bumbung cuba menarik tombol.
  4. Karya ini diinspirasikan dari mimpi artist semasa kecil.

  • Gerakan ini meneroka & mencari cara untuk meluahkan rasa seni dalam bentuk dunia mimpi dan alam bawah sedar
  • Bermula dengan karya melalui gaya catan metafizik dan gaya ini mempengaruhi ramai pelukis terutamanya pelukis Dada. Idea ini adalah konsep baru gambaran yang berteraskan idea Dada iaitu kekosongan.
  • Objektif utama: pencarian & penerokaan dalam dunia psikik, kenyataan fantasi dan alam bawah sedar.
  • Seniman mengkaji kewujudan mimpi & igau serta membawa alam luar dan alam batin bersama dalam satu keadaan, iaitu kanvas.
  • Salah seorang pelukis yang menjadi pelopor gaya seni ini ialah Salvador DalĂ­.
    Salvador Dali