12 Feb 2014

PENGANTAR SENI HALUS: Arca Barat Abad ke-19

ARCA BARAT ABAD KE-19

Seperti cabang seni yang lain, arca barat abad ke-19 juga mengalami penghidupan semula atau dikenal sebagai Revivalism. Hal ini disebabkan oleh 2 faktor :
  1. Mereka memandang ke zaman Greek klasik untuk mencari ilham atau contoh pengarcaan yang berkesan. Arca-arca Greek klasik itu yang memang pun terdapat dalam muzium di Eropah dengan mudah menjadi karya-karya mithali. Otot-otot dan kadar banding dapat dilihat secara dekat. Begitu juga konsepsi pengarcaan, yang mementingkan heroism juga ditauladani.
  2. Dengan tertubuhnya akademi seni di merata Eropah, maka kaedah pengarcaan itu diselarikan, yakni menggunakan batu marmar sebagai bahan utama. Pengetuk & pemahat pula sebagai alat bekerja.. 

    Peta Minda
Kelas Menengah merupakan golongan yang mampu membeli karya.



Contoh Karya :

The Thinker
Auguste Rodin
1880
Plaster

  • Arca yang terpengaruh dengan fahaman Impresionisme.
  • Menunjukkan seorang hero sedang duduk.
  • Tangan kanannya berada di bawah dagu dan lengan kirinya di atas paha kiri.
  • Pose ini menggambarkan figura arca sedang berfikir.
  • Satu pose yang agak sukar untuk dihasilkan.
  • Karya yang popular.
Pauline Borghese as Venus 
Antonio Canova
1808 
Marble
  • Arca isteri kepada seorang kaya yang berlakon sebagai watak mitos.
  • Lambang kesenian & kecantikan tingkah laku.
  • Terlalu mempersembahkan karya filem.
The Burghers of Calais 
Rodin
1889 
Bronze

  • Calais merupakan sebuah bandar yg terletak di utara Perancis.
  • Bandar ini dikepung & diserang oleh British pd tahun 1375 menyebabkan penduduk menghadapi kekurangan bekalan makanan.
  • Akibatnya, banyak yg mati kebuluran & mayat mereka bergelimpangan dikawasan tersebut.
  • Justeru, figura arca menunjukkan manusia yg tabah & berani mati.
  • Distortion (piuhan) pd tangan, dengan sengaja dibuat agar lebih panjang & besar oleh pengarca utk menggambarkan kepedihan watak arca figura tersebut.

The Man with the Broken Nose
Auguste Rodin
1864

Bronze, 32.3 x 18.7 x 16.5 cm
Mead Art Museum, Amherst College, MA, USA



Bacaan Tambahan:
  1. Seni & Pendidikan: SENI ABAD KE-19Prof. Dr. Mulyadi Mahamood, 5 September 2013
  2. Cikgu Seni.com: Pengenalan & Sejarah Seni,  Mohd. Fairuz, 16 June 2010

10 Feb 2014

PENGANTAR SENI HALUS: Seni Bina Abad ke-19

SENI BINA ABAD KE-19

Terdapat 2 pergerakan Revivalism yang menghidupkan kembali stail lama pada abad ke-19:-
1) GREEK REVIVALISM
  • Menghidupkan kembali stail Greek klasik yang melambangkan pertahanan.
  • Melalui Greek klasik itu, arkitek-arkitek abad ini mengambil tiang, penyokong, alang & tiang atas bumbung bangunan itu.
2) GOTHIC REVIVALISM
  • Menghidupkan semula stail binaan gothic yang berkembang pada abad ke-19
  • Ciri-cirinya ialah gerbang yang meruncing serta tiang-tiang sokongan yang banyak. 
Struktur Masyarakat Abad ke-19


Sebab berlaku kedua-dua jenis Revivalism tersebut:
  1. Negara barat sudah mula berbangga bahawa asal-usul tamadun mereka ialah, zaman Greek klasik. Petunjuk ini adalah untuk menebalkan rasa jati diri apabila berhadapan dengan negara-negara China, India, Timur Tengah, & Afrika yang telah mula dijajah.. Berperisakan Greek klasik, barulah mereka berasa lebih kuat sehingga berjaya menakluk India & China yang memang bertamadun tinggi itu.
  2. Gothic Renaissance mencerminkan kebangkitan nasionalisme dalam kalangan orang Perancis. Mereka ingin menghidupkan kembali keagungan gereja-gereja Gothic yang ada pada zaman tersebut.
 Penggunaan besi keluli yang boleh dijadikan rangka bangunan atau kubah juga memungkinkan para arkitek membuat stail binaan yang belum dibuat sebelum ini. Dengan adanya besi ini sebagai rangka yang kuat, maka bolehlah mereka membuat bangunan yang besar, menggunakan himpunan batu & hiasan arca serta bumbung skala. Manakala tiang batu dibentuk melalui acuan bentuk tertentu seperti bulat atau empat segi juga digunakan. Pada abad ini juga, kaca diperkenalkan.Penggunaan kaca dibina pada bangunan yang kalis cuaca tapi terang.
Bahan binaan yang baru ditemui menjadikan bangunan lebih kukuh, tahan lama & berbeza daripada bangunan zaman Renaissance.

Seorang ahli fikir Inggeris, John Ruskin telah mengemukakan 7 prinsip dalam bukunya, "The Seven of Lamp Architecture" dan "The Stones of Venice". Prinsip-prinsip tersebut adalah:

  1. Pengorbanan
  2. Kebenaran
  3. Kuasa
  4. Keindahan
  5. Penghidupan
  6. Ingatan
  7. Patuh

Seni bina dipengaruhi sejumlah idea baru yang sedang menggegari dunia seni catan & seni arca seperti Impressionisme & Pasca Impressionisme. Oleh sebab itu, wujud gabungan antara seni bina dengan seni visual pada abad ke-19...

Contoh Seni Bina Abad ke-19

Eiffel Tower
Gustave Eiffel
1889
Steel, 
324 metres (1,063 ft) tall
Paris
Sagrada Familia Church
Antonio Gaudi
1882 - 1926
Barcelona
Crystal Palace
Joseph Paxton
1854
Cast-iron & plate-glass
Hyde Park, London

  • Dewan pameran barang-barang dan segala jajahan British dipamerkan.
  • Antaranya, buah-buah manggis dari Malaysia.
  • Dibina dari besi tempa dan kaca.
  • Suhu bangunan ini dapat dikawal.
Bacaan Tambahan:
  1. Seni & Pendidikan: SENI ABAD KE-19Prof. Dr. Mulyadi Mahamood, 5 September 2013
  2. Cikgu Seni.com: Pengenalan & Sejarah Seni,  Mohd. Fairuz, 16 June 2010